? ??????????????Live Forever? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (6 Ratings)??114 Grabs Today. 5408 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????Dark Tree? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (11 Ratings)??113 Grabs Today. 5656 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Purple Flower? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (723 CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, December 23, 2009

beberapa jam di LCCT

بسم الله الرحمن الرحيم

kami pulang ke semenanjung 20/11 hari tu..abg saya di Kuantan telah berjanji utk mengambil kami di LCCT...kami sampai di LCCT hampir pukul 3 ptg...manakala abg saya masih lagi on the way dari Kuantan..tambahan hujan lebat di Kuantan..jadi, dia drive slow2...kami pulak..nak tak nak..kena duduk menunggu kat LCCT...memang memenatkan dan menjemukan...sementara menantikan waktu solat Asar, kami hanya duduk memerhatikan orang...emm...benarlah kata pensyarah saya, orang yang ambil psikologi ni memang suka memerhatikan tingkah laku orang... antara perkara yg menjadi perhatian saya ialah:
selepas mengambil bagasi, kami terus mencari tempat makan.Sementara menunggukan Lia order makanan, saya terpandang 2 orang gadis yang masing2 bersama teman lelaki mereka..Seorang gadis tersebut bertudung dan seorang lagi tidak bertudung.Gadis yang tidak bertudung itu kelihatan sedang menangis. Tidak lama selepas itu, gadis tersebut beredar bersama teman lelakinya itu. Tinggallah gadis yg bertudung tersebut dgn teman lelakinya itu. Kelihatan gadis tersebut memegang tgn, meletakkan dagunya di bahu dan berckp begitu hampir dgn teman lelakinya itu. Mungkin setengah org menganggap ia perkara biasa sbb byk lagi perkara yang lebih teruk dari itu..tetapi bagi kita..itulah perkara luar biasa! Emm..saya tak tahulah gadis tersebut perasan bahawa saya asyik memerhatikannya.Biarlah kalau dia tahu..
Saya ke surau di lcct utk solat..masuk je ke dalam surau..saya lihat suasana surau agak tidak bersih dan bersepah2..yang paling saya tidak suka adalah tempat mengambil wudhu' nya yang betul2 bertentangan dengan pintu masuk..sudahlah pintu tersebut terbuka...jadi, agak sukar utk menjaga aurat..namun..menurut pemerhatian saya, ramai yang seakan tidak kisah dengan pintu yang terbuka itu..mungkin ada yang menganggap ia perkara kecil..atau ada juga kurang memahami mengenai aurat..contohnya ada yang menganggap memakai tudung hanya apabila hendak berjalan2..namun, berapa ramai pulak yg akan memakai tudung ketika adanya tetamu yang bukan mahran di rumah? Atau pun ketika membuang sampah atau menjemur kain dihadapan rumah?
Selepas solat, sementara menantikan abg saya datang, saya memerhatikan pekerja Bangla atau India (saya sendiri tidak pasti) yang sibuk menyorong troli bagasi...mereka begitu tekun bekerja...meninggalkan tanah air, keluarga tersayang semata-mata utk mencari sesuap rezeki...saya masih ingat apa yang telah saya pelajari di universiti...desakan melahirkan motivasi..contohnya, desakan rasa lapar mendorong (motivasi) untuk mencari makanan..berbalik kpd pekerja Bangla atau India tadi, pastinya desakan hidup yg mendorong mereka utk dtg ke Malaysia..dan bekerja apa sahaja yg dapat mendatangkan rezeki...kemudian saya berfikir...apakah saya juga akan berkorban utk meninggalkan tanah air dan keluarga jika saya berada di dalam keadaan mereka?
Seorang lelaki Cina telah duduk selang 3 bangku dengan saya..kemudian dia menghisap rokok..emm..ni la yg paling saya tak suka..bau asap rokok..sudahlah saya menghidap asthma...rokok tu pulak mengandungi pelbagai bahan merbahaya..org yang menghidu asap rokok adalah lebih berbahaya berbanding dengan mereka yang menghisap rokok...sbb org yg menghisap rokok terdapat filter pd rokok tersebut..mmg tak adil betul...org yg sekeliling pulak yg menjadi mangsa..berbalik kpd lelaki Cina tersebut, sambil menghisap rokok, dia menelefon..kemudian dtg 2 org lelaki memakai baju putih dan berblazer hitam terus merampas rokok lelaki tersebut..kemudian saya terlihat tulisan di blazer 2 org lelaki tersebut..Jabatan Kesihatan Malaysia.. 2 org lelaki itu berckp dgn lelaki Cina tersebut dan menunjukkan kpd lelaki Cina itu sign dilarang merokok yang terdapat di dinding bangunan lcct kepada lelaki Cina tersebut......namun, lelaki Cina tersebut tidak dpt memahami apa yg dikatakan kepadanya...rupanya lelaki Cina itu warganegara China dan baru sahaja sampai ke Malaysia..emm..patut la dia tak faham dan kelihatan terpinga2 apabila rokoknya dirampas...rupanya Jabatan Kesihatan tgh menjalankan kempen anti merokok kot..kemudian saya lihat beberapa org lagi termasuk perempuan yang kena rampas rokok mereka dan mereka disaman..emm..bagus juga la mcm ni..tapi kesian kpd pegawai2 kesihatan tu..terutamanya yg perempuan...sudahlah ketika itu sudah masuk waktu Maghrib... pastinya tugas ini memang penat...yelah..balik lewat dan kasihan kpd anak2 yg menanti di rumah...tahniah kpd pegawai kesihatan..walaupun usaha mereka kecil, namun sekurang2nya ia memberi peringatan kpd org ramai..jangan merokok di tempat awam..kalau nak sakit, sakit la sorang2..jangan pulak nak bagi orang lain yang sakit..













Friday, November 13, 2009

bajunya dah cantik...tapi..

بسم الله الرحمن الرحيم


petang tadi saya dan lia ke bandar kk untuk renew road tax..lepas tu pulak kami ke pasar Philipine..untuk beli barang..sewaktu balik..kami singgah di masjid Bandaraya untuk solat..takut tak sempat untuk solat di asrama..sewaktu di tempat parking kereta, saya terpandang la seorang pakcik tu..mendukung anaknya lelakinya yang lengkap berbaju melayu dan berkopiah merah hati. saya mengaggak anaknya dalam lingkungan 3 tahun lebih.."bagus pakcik ni..membawa anaknya yg masih kecil ke masjid" saya berkata di dalam hati.kemudian pakcik tu pun melintasi di hadapan saya.kemudian saya terpandang 'kopiah' di kepala anaknya tu..ternampak satu lambang di 'kopiah' tersebut..setelah saya amati, rupanya lambang Manchester United..la..bukan kopiah rupanya..tetapi sarung kepala yg biasa peminat2 bola sepak ni pakai..emm..baju anaknya dah cantik..tapi 'kopiahnya' pulak berlambang Manchester United..macam tak berapa kena dan janggal pulak rasanya..tak tahu la pulak kenapa pakcik tu pakaikan anaknya 'kopiah' tu ke masjid..bagi saya, walau pun hal tersebut merupakan perkara yg kecil, tapi ia sedikit sebanyak akan memberi impak pada anaknya kelak..sebab kdg2 didikan melalui perbuatan adakalanya lebih memberi kesan berbanding didikan melalui kata2..

sekadar gambar hiasan sahaja

Baqir dan Hadi tengah praktis nak jadi imam dan muazzin :)

Friday, October 30, 2009

kamus elektronik kesayanganku...

بسم الله الرحمن الرحيم
sedihnya...pagi ni masa nak ulangkaji..saya buka la kamus elektronik kesayangan saya utk cari makna kat nota..tapi entah knp..tulisan dlm kamus tu dah tak jelas..nampak sikit2 je..pelik juga..nak kata pernha jatuh..tak pernah lagi rasanya..nak kata bateri tak de..saya baru je tukar baterinya 2 hari lepas...nak kata mslh bateri..inda juga bah..saya bkn beli bateri kedai 2 ringgit ..emm...Ya Allah..mintak2 janganlah rosak kamus kesayangan saya ni..tambah nak dekat2 exam ni...tempoh warrantynya pulak dah lps...bkn tak nak guna kamus manual, tapi guna kamus elektronik ni cepat la sikit dpt cari maknanya...kecuali kalau makna dlm kamus elektronik tu tak memuaskan hati, baru la saya refer kat kamus manual..lia pun ade juga kamus elektronik..tapi dia pun nak guna jg..tambah minggu pertama exam, dia ade 4 paper..semua subjek program..moga Allah mudahkan lia jawab exam nanti..

Saturday, October 24, 2009

peperangan imtihan

بسم الله الرحمن الرحيم
lama betul rasanya saya tak update blog..memang tersangat la sibuk...alhamdulillah..semalam last assignment saya dihantar...syukur..saya berjaya menyiapkan semua assignment dan dikurniakn kesihatan yg baik...yelah..kalau sakit...macamana nak siapkan keje...tambahan pula kalau assignment kumpulan...kasihan kepada kawan2...nanti tak fasal2 pulak diaorang kena take over pulak part saya..lagi seminggu final exam UMS akan bermula...rasanya semua orang tgh sibuk mengulangkaji ni...tapi dlm sibuk mengulangkaji ni...saya & lia sibuk juga membilang hari nak balik semenanjung..:)tak sabar rasanya nak balik semenanjung...tak sabar nak jumpa family & anak2 saudara saya terutamanya yg kecik2 lagi tu...nuha, 'akif, hadi,baqir & jawwad...mengingatkan mereka membuatkan saya tersenyum sendiri...apa pun, imtihan adalah yg paling utama skrg...utk kawan2 semua...bit taufiq wan najah...moga Allah memudahkan urusan kita dan diberikan kesihatan yg baik utk menghadapi exam nanti...sama2 kita doakan kejayaan semua...

Friday, September 25, 2009

juadah 1 syawal

بسم الله الرحمن الرحيم




tahun ni saya tidak balik beraya, namun saya sangat berterima kasih kepada kak ita ..sebab memberikan saya tinggal dirumahnya selama hampir seminggu..kak ita sekeluarga pulang beraya di kelantan..jadi kak ita membenarkan saya dan adik tinggal dirumahnya..terima kasih byk2 kak ita..hanya Allah yang mampu membalasnya..jika tidak..pastinya kami berdua akan terperap sahaja di asrama...lagi pula ramai pelajar yang pulang beraya..jadi keadaan asrama agak tidak selamat..tambahan pula beberapa kejadian lelaki masuk ke asrama beberapa hari sebelum cuti raya..jadi..bila tinggal di rumah kak ita..lain sedikit la suasananya..suasana rumah..lain rasanya..bila dah dapat duduk rumah kak ita, jadi ada juga kami berdua plan nak masak apa yg patut la..cadangnya nak buat lontong..utk nasi impitnya kami beli yg ready made je la..petang sebelum raya..kami pergi la ke bandar kota kinabalu, ingatkan nak cari bahan nak buat lontong, tapi kk jam teruk..susah betul nak cari parking..kami terus balik ke rmh kak ita...oleh kerana plan nak buat lontong tak jadi, jadi pagi raya tu kami makan jemput2 ikan bilis je la..buat sarapan pagi..alhamdulillah ada juga biskut raya..itu pun beli..kiranya ada juga la suasana rayanya..

Wednesday, September 23, 2009

sekadar luahan

بسم الله الرحمن الحيم
seperti yg kita maklum, sewaktu hari raya ni..setiap stesen tv akan berlumba2 utk menyiarkan pelbagai rancangan seperti filem2 utk tontonan ramai..walaupun pada hakikatnya filem2 tersebut entah apa2..jadi, semalam ada tayangan filem Anak Halal. jadi, sambil mengadap assignment, saya dan adik menonton la cerita tersebut dan memang kami berhajat utk menontonnya. tapi jgn slh fhm ye..kami menonton cerita tersebut utk mengetahui apakah yg halalnya dlm cerita tersebut..sebelum ini, saya memang ada membaca komentar mengenai filem tersebut oleh penulis Faisal Tehrani..namun tidak pernah menontonnya..walau pun, ada dikalangan rakan-rakan saya yg menontonnya di asrama..dan komen saya (walaupun saya dianggap terlewat utk memberi komen)..cerita tersebut memang sangat 'menakutkan' saya..bermcm2 persoalan timbul di fikiran saya..bagaimanakah filem begini telah diluluskan utk menjadi tayangan ramai..dgn pakaian2 pelakon yg menjolok mata...aksi2 yg tidak sopan..dialog2 yg tidak sepatutnya..dan banyak lagi..selepas menonton filem tersebut..kepala saya menjadi 'sakit'..Ya Allah..bagaimanakah kebejatan sosial dikalangan remaja tidak berlaku jika inilah yg menjadi 'hidangan' remaja? kemudian..saya teringatkan sepupu perempuan saya yg berusia belasan tahun..yg telah dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak...saya kasihan terhadapnya..kasihan kerana dia terleka dgn dunia remajanya yg hanya memikirkan keseronokan sehingga menggadai maruah dirinya..kemudian saya berfikir lagi..bagaimanakah keadaan remaja-remaja pada masa akan datang?hanya satu cara utk mengelakkan generasi akan dtg daripada terjerumus ke arah nilai2 yg negatif..tidak lain tidak bukan hanyalah dengan agama...

Sunday, September 20, 2009

berlalunya ramadhan..menjelmanya syawal..

بسم الله الرحمن الرحيم
masuk je waktu maghrib hari ni..bermakna telah masuknya 1 syawal..tgh hujan ni..hujan syawal..thn ni, macam thn lepas juga..saya tidak balik beraya..lagi pun cuti hanya seminggu, ditambah pulak dengan assignment yang banyak..sedih tetap ada..thn ni semua adik beradik saya pulang kampung..rasa rindu pulak bila mengingatkan keletah anak2 saudara yg masih kecil..baqir, hadi, 'akif dan nuha..pastinya riuh rendah di rumah pada waktu ini..tapi tak pe..thn ni thn last saya beraya kat universiti..lagi pun final exam pun tak lama dah..selain kesedihan kerana tidak dapat bersama keluarga..ada lagi perkara yang menyebabkan saya sedih...mungkin kesedihan yang sama dengan orang lain..sedih kerana berlalunya ramadhan al-mubarak..berlalunya bulan yg penuh dgn keberkatan..entah berpeluang lagi atau tidak untuk bersama dengan ramadhan yang akan datang..
"Ya Allah..izinkan diriku untuk mendakap lagi ramadhan yang akan datang.."

Saturday, August 22, 2009

kisah pembunuhan yg kejam..Dr.Marwa Sherbini

بسم الله الرحمن الرحيم









Kisah pembunuhan Dr. Marwa el-Sherbini merupakan pembunuhan yg kejam dan menunjukkan betapa Islam dipandang rendah oleh non-Muslim..Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi Jerman, dia yg berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr. Marwa khalayak ramai pada bulan November yg lalu. Si celaka menjerit melolong kpd Dr. Marwa , melaungkan kata "terrorist" dan "Islam whore" sewaktu berada di Dresden Park. Ketika itu, Marwa meminta izin utk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkannya. Lalu terjadinya pertengkaran. Slps itu si celaka tersebut diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun, si celaka itu membuata rayuan yg menyebabkan dia bertemu wajah sekali lagi dgn Marwa di mahkamah. Dgn pisau di tangannya, si celaka itu menyerbu ke arah Marwa yg sedang mengandung 3 bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dlm mahkamah di hadapan hakim!! Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009yg lalu. Satu suasana yg tidak masuk akal, bagaimana si celaka itu blh membawa pisau ke mahkamah??? Dan bagaimana dia blh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dr pengawal dan org sekelilingnya?? Suami Marwa tangkas menerpa utk membantu namun mereka terlupa sedang berada di 'medan perang'. Suaminya ditembak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka itu dibiarkan hidup. Polis menggunakan alasan murahan 'tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeik al-Azhar Syeik Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany utk mengenakan tindakan yg berat kepada si pembunuh. Namun, sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dpt dipastikan??

Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dgn umat Islam di tempat masing2 menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh!!

Malangnya berita lansung tidak dihebahkan dan disenyapkan oleh media barat khususnya.BBC senyap sunyi, sedangakna berita mahakamh Dubai yg menjatuhkan hukuman kpd 2 warga British yg mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai dihebohkan, dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat. Namun, kisah wanita Islam yang mengandung dan ditikam dlm sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah negara membangun kononnya lansung tidak diambil endah..

Dipetik dari http://www.zaharuddin.net/

bermulanya bulan yang penuh barakah

بسم الله الرحمن الرحيم
alhamdulillah..hari ni telah bermulanya 1 ramadhan 1430 H. syukur padaMu Ya Allah..selawat dan salam utk junjungan agung al-Amin S.A.W...alhamdulillah..saya masih berpeluang dalam dakapan ramadhan...sebenarnya sudah 2 tahun saya tidak berpuasa kerana mengalami masalah ulser..memang sedih sebab 2 tahun lepas saya tidak dapat berpuasa..saya pun tidak tahu macam mana saya boleh mendapat ulser...sedangkan saya seorang yg menjaga makan..dlm erti kata lain makan pada waktunya...nak kata saya seorang yg suka makan pedas pun tidak...air batu pulak memang lansung saya tidak minum...alhamdulillah..saya semakin sembuh...apa pun, mungkin ada hikmahnya saya mendapat ulser ni..wallahu'alam...lagi pun berapa lama dah saya mempunyai tubuh badan yg sihat...dan hanya beberapa tahun sahaja saya tidak sihat...sebagai hamba-Nya..saya adalah tidak layak utk mengeluh bukan?? jadi, hari ini saya sudah mula utk berpuasa..saya mohon pada Allah..berikan saya kekuatan utk menghadapi ramadhan ini...dan dikurniakan kesihatan yang baik..amin..

Thursday, August 20, 2009

ramadhan yang ku rindui


Monday, August 17, 2009

isu Natrah

بسم الله الرحمن الرحيم

Isu Natrah ialah isu rakyat Terengganu dan isu umat Islam keseluruhannya.Natrah ialah watak utama dlm peristiwa RUSUHAN NATRAH di Singapura. Natrah juga watak utama dlm kes murtad di Malaysia.Dalam akhbar 2 hari lepas, beliau telah meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.Bagi generasi baru, mungkin ramai yang lupa isu Natrah.Natrah (Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas).

Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan
Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.
24 Mac 1937 - Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh .

Disember 1942-
Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

15 November 1945- Che Aminah membawa Natrah balik ke
Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

1945- Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas
Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

September 1949- Natrah ditemui oleh
Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

19 Ogos 1949- polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

12 April 1950- Che Aminah membawa Natrah ke
Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

22 Mei 1950- Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura .

24 April 1950- Natrah dihantar ke
Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura

28 April 1950- Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950- peguambela Encik
Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .

28 Julai 1950- Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

1 Ogos 1950- kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu
Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.

2 Disember 1950- Ketua Hakim mengeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang
Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan. Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

12 Disember 1950- Hakim menjatuhi hukuman – Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di
Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.

12 Disember 1950-
Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950- Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan
Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM. Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950- Natrah sampai di
Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’. Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh. Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom?’. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952- Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951- Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.10 Januari 1951- Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib
Karim Ghani yang masih ditahan.17 September 1951- Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953- Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi
Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh’.

25 Januari 1953- Surat Mansor Adabi kepada Natrah

20 Julai 1953- Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.

1954- Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya
Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

26 Januari 1956- Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956- Bertha berkahwin dengan
Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.15 Februari 1957- Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.20 Januari 1959- Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.3 Februari 1959- Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

25 November 1975-
Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.

16 Ogos 1976- Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya
JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru – tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.

26 Disember 1976- Natrah dilaporkan
sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976- Che Aminah meninggal dunia di
Chukai, Terengganu ketika berusia 70an Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans – lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983- Bertha bercerai dengan
Tom Ballermans

1984- Bertha masuk hospital kerana
sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984- Bertha meninggalkan
Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga… Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyanyian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.

9 Julai 2009 – Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda.Dalam isu ini, sebenarnya, kerajaan Belanda berpakat dengan kerajaan British bagi memurtadkan kembali Natrah yang sudah memeluk agama Islam dengan cuba menggunakan tipu daya bagi mengheret Natrah ke dalam Mahkamah Tinggi Singapura pada tahun 1950.Tahun 1950, orang melayu masih tidak mempunyai pemimpin. Negara Malaysia pun belum ada waktu itu dan orang melayu rata2 miskin pada masa itu.walaupun orang melayu pada masa tu miskin, tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah, Orang melayu dari kelantan kayuh basikal turun ke singapura, Orang melayu di pulau pinang jalan kaki ke singapura, orang melayu dari perak dan selangor tumpang kerata api barang untuk ke singapurapada tanggal 12 Disember 1950, beribu orang melayu sudah sampai ke singapurapada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah, Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British.Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha "kamu orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah "LAILAHAILLAH" , adakah kamu yang menyebut kalimah "LAILAHAILLAH" juga mahu menghalang aku? kamu halanglah aku akan tetap pergi....dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan "demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini"..laungan Allahukabar bergema disetiap sudut...Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu. Lalu datang askar British tembak orang-orang melayu. Mengalir darah orang melayu di tangga mahkamah tinggi singapura. Seramai 18 orang telah gugur Syahid.

Sunday, August 16, 2009

ramadhan yang semakin hampir...





بسم الله الرحمن الرحيم


rasanya sudah agak lama saya tidak update blog saya ni..sejak balik bercuti ke semenanjung selama 2 bulan hari tu..lansung tidak ada masa untuk update..mana taknya..dirumah saya lebih sibuk berbanding di hostel..apa jua keperluan keluarga, saya akan cuba untuk tunaikan selagi mampu..kira2 dah sebulan lebih saya pulang ke kampus..pun masih tiada masa utk update blog..tapi alhamdulillah..hari ni saya berpeluang utk membuat sedikit coretan walaupun sebenarnya saya ni tgh mengadap assignment yang entah bila nak habis...dlm kesibukan waktu ni..sebenarnya kita semua dah hampir ke bln ramadhan...bulan yang dirindui oleh org2 yang hatinya sentiasa menyintai Allah SWT dan Kekasih-Nya SAW..seakan tidak sabar utk memasuki bln ramadhan...emm..betapa indahnya menunggu saat utk bertemu dgn bulan ramadhan..bagi saya..semakin berlalunya waktu..semakin bertambahnya umur kita..kita seharusnya lebih utk 'tidak sabar' utk bersama dgn bulan ramadhan..kita seharusnya lbh bersedia dan bersemangat utk menghadapi bln yg sgt barakah ini...tapi bagaimana pula kalau kita 'tak rasa apa2' apabila bln ramadhan akan menjelma?atau yang lebih 'teruk' lagi..kita akan mengeluh utk menghadapi ramadhan???sahabat2 semua..sama2 kita checklist diri kita...jika ada 'something wrong'..mari sama2 kita muhasabah diri dan berusaha untuk memperbaiki diri kita..insha allah..mudah2an kita menjadi org sentiasa dibwh hidayah-Nya..ramadhan kareem utk semua...


اللهم بلغنا رمضـــان






Saturday, May 9, 2009

Pyzam Glitter Text Maker
Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts

cinta menurut Hamka


Friday, May 8, 2009

dah habis exam..

بسم الله الرحمن الرحيم
alhamdulillah...hari ni berakhirnya 'peperangan' aku dgn exam..alhamdulillah..semuanya 'selamat'...x de demam..sakit2 ke...
balik dr exam tengahari tadi..lepas je lunch, terus je kemas barang2..sbb stor asrama utk simpan barang tutup hari ni..lama dah bukanya..tapi kami tak berkesempatan nak hantar barang..exam punya fasal..malas nak menyemakkan bilik lagi..kesian juga kat roommate..diaorg nak study..nanti kalau bersepah2..tak ke tension diaorg nanti...jadi,kami pun decide nak hantar barang paling lewat la..lagipun ct sorang je yg ade paper lagi esok..kesian ct.. tak bersemangat dia utk exam esok..sbb kami yg lain dah merdeka dah..emmm..berpeluh2 la kami dok kemas barang..macam lepas jogging (dapat jg exercise..maklum la time exam hari tu banyak duduk kat meja study je..hehe)..penat..sbb nak kena asing barang yg nak masukkan dalam stor dan barang yang nak kena pos..alhamdulillah pos barang murah..pos dgn kapal...blh jatuh rm1.50 sekilo...lepas tu pegi pulak ke bilik leha..ade jemputan makan..awal2 lagi leha dah pesan..lambat pun kena dtg juga..sbb dia dah masak mihun..kesian pulak kat dia..lagipun renie ade dtg ums..renie ni senior roommate leha dulu..walaupun dia non muslim (renie orang Dusun)..tapi kami rapat dgn dia..kat bilik leha makan lagi ...tak lama jugak kami kat bilik leha..sbb hari hujan..dah la tak bawa payung..sampai kat bilik..walaupun penat..buka juga laptop..line tgh ok..baik buka laptop..so,mlm tu masing2 tido lambat jugak la...masing2 mengadap laptop..terutamanya si bibi chan...tapi mlm tu dia tido awal pulak dr kami..bibi chan2x...



risiko korek telinga




بسم الله الرحمن الرحيم
ni ade nak kongsi maklumat sikit..fasal satu 'akiviti' yang memang selalu kita buat..korek telinga..petikan ini di ambil dari Utusan Malaysia..tapi maaf la..tak save pulak datenya bila..
Sejak kecil lagi kita telah didedahkan dengan kaedah mencuci telinga yang telah diamalkan secara turun-temurun oleh mereka yang lebih berusia daripada kita.
Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya pin rambut oleh mereka yang agak tradisional. Kedua-duanya digunakan oleh mereka yang mempunyai niat dan tujuan mencuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga. Ada yang menjadikannya sebagai satu rutin atas dasar telinga perlu dicuci selalu dan ada juga yang telah menjadikannya suatu amalan yang tidak boleh ditinggalkan setiap kali selepas mandi disebabkan oleh kerana terlalu biasa dengan amalan mengorek telinga.
Bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan pula, agak jarang mereka dapat merasai nikmat mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas. Jauh sekali untuk menjadikannya sebagai rutin harian. Lantas, golongan ini sering dianggap tidak pandai menjaga kebersihan diri kerana membiarkan tahi telinga terkumpul dalam lubang telinga.



Tanggapan salah
Mungkin suatu pendedahan atau maklumat baru yang agak mengejutkan sekiranya anda diberitahu bahawa penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran.
Itulah hakikat sebenarnya jika anda bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun. Itu bukanlah suatu yang menghairankan kerana kepercayaan yang kurang tepat ini tidak begitu terdedah kepada masyarakat awam.
Hanya mereka yang mengalami masalah tersumbat tahi telinga sahaja yang mengetahuinya kerana tabiat mengorek telinga secara rutin inilah yang menjadi punca yang membawa mereka ke klinik berjumpa doktor.

Lilin telinga
Sesungguhnya manusia diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, lengkap dengan mekanisme yang membolehkan kita menjalani hidup yang selesa, walaupun tanpa pengunaan perkakasan tambahan. Saluran telinga manusia mempunyai bahagian yang dilapisi kulit yang menghasilkan lilin telinga (ear wax). Saluran telinga mempunyai struktur menyerupai rerambut halus di bahagian menghala ke luar, dan bahagian tanpa rerambut yang letaknya lebih ke dalam yang hampir dengan gegendang telinga. Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga. Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci, dan fahaman ini sebenarnya adalah salah!


Kesan mengorek telinga
Menjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai ‘tahi’ itu perlu dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama.
Lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia. Amaun yang dihasilkan amatlah sedikit. Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu.
Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ‘menyapu keluar’ lilin telinga ini. Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga.
Itu sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita. Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam. Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif (conductive hearing loss). Tidak kurang juga kes-kes di mana hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan menyebabkan ia tertinggal di dalam lubang telinga. Ia tidak dapat dikeluarkan di rumah oleh pesakit sendiri atau kawan yang ingin membantu. Ini kerana lokasinya yang agak jauh ke dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya. Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps. Ada juga di kalangan kita yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga. Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana ia akan lebih mendedahkan pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada gegendang telinga selain daripada ia turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna.


Kurang dengar
Apabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin menghampiri gegendang telinga. Gegendang ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga bunyi kepada tenaga getaran atau mekanikal. Apabila ada sesuatu yang menyentuh apatah lagi menghimpit dan menekan ke atasnya, maka sistem konduksi bunyi akan terganggu dan terjadilah masalah pendengaran. Perlu difahami, kehadiran gumpalan lilin telinga yang termampat akibat sentiasa ditolak masuk oleh putik kapas akan menyebabkan gelombang bunyi yang sepatutnya masuk ke dalam telinga akan terhalang. Lantas, jumlah stimulasi bunyi yang sampai ke gegendang untuk diinterpretasi akan menjadi minimum dan mungkin tidak cukup untuk tahap pendengaran yang jelas.


Rawatan
Pesakit selalunya akan hadir ke klinik dan hospital apabila terjadinya masalah pendengaran yang mengganggu tugas harian mereka. Ada juga di kalangan pesakit yang menghadapi bunyi bising (tinnitus) di dalam telinga. Setelah menjalani pemeriksaan dan lilin telinga termampat disahkan, doktor akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengeluarkannya.
Kaedah konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari (ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih sahaja).
Dengan cara ini, lilin telinga akan menjadi sedikit lembut dan lama-kelamaan ia akan terkeluar dengan arus air tersebut. Bagi sesetengah kes pula, ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan. Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan.
Apabila lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran seperti sedia kala. Bunyi bising dalam telinga atau tinnitus akan hilang dan rasa selesa kembali dinikmati. Nasihat yang diberikan ialah supaya pesakit tidak lagi menggunakan putik kapas pada masa akan datang. Kita perlu ingat bahawa badan kita telah diciptakan dalam keadaan yang cukup baik dan serba lengkap. Sebarang manipulasi hendaklah disertakan dengan ilmu yang mencukupi agar kita tidak ditimpa mudarat. Benarlah kata orang-orang tua bahawa menjaga kesihatan dengan cara mencegah adalah lebih baik, lebih selesa, lebih mudah dan jauh lebih murah daripada merawat.

subhanallah..hebat betul ciptaan Allah ye..maka,menjadi tanggungjwab kita utk menjaga amanah tubuh badan kita dengan sebaik-baiknya..


Thursday, May 7, 2009

hairan la...

بسم الله الرحمن الرحيم
baru-baru ni satu kejadian pelik telah berlaku pada junior roomateku, bibi..kadang2 kami memanggilnya bibi-chan (mcm shincan la pulak)..ceritanya begini..pada suatu pagi, selepas bangun dari tido,bibi teruslah ke wash room utk menggosok gigi..lps tu kami terdengar la suara bibi bising2..rupa2nya bajunya hilang...bibi biasanya memang meletakkan bajunya yg belum dibasuh di wash room..dia letak dlm plastik..maklum la..time exam2 ni..jadi, baju bibi dah jadi ala2 gunung Kinabalu..so, pagi tu bibi nk basuh baju2nya yg tu la..tapi hilang..kesian btl dia..hairan btl kami..ke mana la peginya baju2 si bibi..dah la baju yg belum basuh..sape pulak yg nak ambil baju2nya tu..satu plastik pulak tu..lps tu dgn sedihnya bibi terus call mamanya fsl bajunya yg hilang..lebih kurang lps seminggu mcm tu..pada satu pagi dlm pukul 5.30 am..lia bangun utk ke bilik air utk ambil wudhu'..apabila sampai di wash room, punya la lia terperanjat apabila tengok baju bibi ada di sinki..lia pun apa lagi..cepat2 ambil wudhu' dan terus masuk ke bilik..takut pulak kalau org yg ambil baju bibi tu ada lagi..hairan2x..sape la yg ambil baju bibi yg belum basuh tu..?

Sunday, April 26, 2009

sajak untuk Al Jawwad...

بسم الله الرحمن الرحيم
alhamdulillah...pada tahun ini..makin bertambah lagi anak saudaraku..ini bermakna ibu bapaku telah mempunyai 11 orang cucu..makin meriah la nanti..sungguh pun demikian, cucu perempuan ibu bapaku hanya 3 orang sahaja daripada 11 orang tersebut...yang lain semuanya hero-hero...berbalik kepada anak saudaraku yang kesebelas ini..dia baru sahaja dilahirkan pada 23 Februari yang lalu...sehingga kini, saya masih lagi tidak dapat menatap wajah..hanya sekadar gambarnya sahaja (disebelah tu la gambarnya...cute kan?)Muhammad Ali Al Jawwad..itulah nama yang diberi...menyentuh mengenai namanya...pada awalnya umminya tidak berapa setuju dengan nama tersebut iaitu Al Jawwad..kakakku ini mengatakan nanti menyukarkan orang lain untuk menyebut pronunciation 'Al Jawwad' dengan betul...mungkin bagi yang mempunyai basic Arabic tidak sukar untuk menyebutnya...tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak ada basic Arabic...pastinya agak sukar..namun abang iparku tetap dengan pendiriannya..Jawwad bermaksud dermawan...mudah-mudahan Jawwad akan benar-benar menjadi seorang yang dermawan seperti Junjungan Agung S.A.W dan para sahabat baginda apabila telah dewasa kelak..amin..


Ahlan wa sahlan Jawwad
Ke dunia yang penuh mehnah ini
Ketahuilah Jawwad
Hidup in tidak seindah pelangi
Tidak sejernih embun pagi
Hujan mehnah dan tribulasi
Pasti menguji diri
Namun
Jangan sesekali kau ragu Jawwad
Selagi iman dan taqwa menjadi azimat diri
Jangan kau takut untuk melangkah
Menghadapi hari-hari hidupmu
Hadapilah dengan penuh tabah dan yakin
Jadikan Rasulullah za'im hidupmu
Al-Quran dan Sunnah kompas hidupmu
Titipkan amal soleh dalam setiap nafasmu
Pasti dikau kan bahagia Jawwad
Selama-lamanya
Hingga ke negeri abadi

antara dua cinta


بسم الله الرحمن الرحيم
kisah ini merupakan kisah yang benar benar berlaku..kisah yang biasa dalam kehidupan...namun..ia amat terkesan bagi individu yang melaluinya...kisah cinta melalui alam maya bukanlah sesuatu yang baru dalam kehidupan kita hari ini..inilah yang berlaku kepada seorang sahabatku...perkenalan sahabatku yang bernama Z dengan seorang pemuda dari timur tengah melalui interaksi alam maya telah melahirkan rasa kasih antara mereka..dengan latar belakang agama bagi kedua-dua mereka ini, seringkali laman perbualan melalui maya ini menjadi medan untuk mereka bertukar-tukar fikiran mengenai pelbagai isu-isu semasa..isu Palestin, isu Amerika, isu kehidupan dan sebagainya yang menjadi topik mereka...namun yang pasti, kedua-duanya tidak pernah bertukar-tukar gambar...lama-kelamaan, sahabatku ini menyedari bahawa ada perasaan kasih antara mereka...keadaan semakin jelas apabila pemuda tersebut meluahkan perasaannya...persahabatan antara keduanya berjalan seperti biasa..walau pun masing-masing menyedari terdapatnya perasaan kasih antara mereka, namun tidaklah bermakna setiap kali apabila mereka berinteraksi di alam maya tersebut, hanya membicarakan mengenai bab2 perasaan sahaja..topik masih lagi seperti biasa...hinggalah pada suatu ketika..ketika mereka berinteraksi...sahabatku memberitahu kepada pemuda tersebut bahawa dia ingin memutuskan persahabatan dengan pemuda tersebut..walau pun ia amat sukar bagi sahabatku ini , namun dia harus melakukannya..demi antara dua cinta..antara cinta kepada manusia dan cinta kepada Allah S.W.T...pemuda tersebut menerimanya walaupun sahabatku mengetahui dia amat sedih...bagi sahabatku..pastinya pemuda tersebut mengerti kenapa persahabatan mereka harus diputuskan...kemudian...sahabatku memutuskan persahabatannya dengan mengatakan kepada pemuda tersebut "saya tidak mahu lagi terus mengingati seseorang yang tidak halal bagi saya..ia akan menyebabkan awak dan saya akan terus berdosa"..inilah kata-kata yang diungkapkan oleh sahabatku ini..ini kerana sejak wujudnya perasaan kasih, sahabatku ini sering teringatkan pemuda tersebut...ini menyebabkan dia merasa serba salah..antara rasa kasihnya dengan hukum Allah S.W.T..benar..rasa kasihnya menyebabkan perasaannya bahagia...namun, hatinya turut 'sakit' kerana melanggar hukum Allah...kerana mengingati seseorang yang tidak halal baginya..selepas putusnya persahabatan antara mereka, makin kuat dugaan perasaan yang ditempuhinya..dugaan dari aspek perasaan...sahabatku mengatakan pada dirinya, dia harus melawan perasaannya...kerana hukum Allah melebihi segala-galanya...cinta kepada Allah bermakna melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang...sesungguhnya hanya Allah sebaik-baik tempat meminta..sebaik-baik tempat mengadu..dalam solat hajat dirinya memohon doa...agar diberi kekuatan untuk melupakan pemuda tersebut...juga turut menitipkan doa agar pemuda tersebut juga dapat melupakan dirinya selama-lamanya dan meraih bahagia dalam hidupnya...kini..sahabatku makin memahami...betapa indahnya cinta kepada Ar-Rahim..yang telah memberikannya ketenangan...inilah kisah antara dua cinta..

...mana yang baik djadikan tauladan..mana yang kurang baik, jadikan sempadan...








Di Atas Nama Cinta (UNIC)



Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa
Menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Engganku keasyikan
Gusar keindahannya merampas rasa cinta
Pada Dia Yang Lebih Sempurna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya
Ku hadapinya
Andainya murkaNya menghukum leka
Di atas nama cinta pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Agar tak sepi dari kasihNya
Sesungguhnya hakikat cinta
Hanya pada yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai nikmatNya
SyurgaNya
CintaNya


Saturday, April 25, 2009

permata bahagia

بسم الله الرحمن الرحيم
Bahagia..semua individu inginkan kebahagiaan..namun, bahagia adakalanya amat sukar untuk dikecapi..seakan permata dicelahan kaca..sukar untuk dicari..begitu tinggi nilainya...permata bahagia...perlu dicari...digilap dan dipelihara dengan iman dan taqwa..itulah rencah terbaik untuk mengecapi bahagia...