? ??????????????Live Forever? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (6 Ratings)??114 Grabs Today. 5408 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????Dark Tree? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (11 Ratings)??113 Grabs Today. 5656 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Purple Flower? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (723 CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, May 9, 2009

Pyzam Glitter Text Maker
Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts

cinta menurut Hamka


Friday, May 8, 2009

dah habis exam..

بسم الله الرحمن الرحيم
alhamdulillah...hari ni berakhirnya 'peperangan' aku dgn exam..alhamdulillah..semuanya 'selamat'...x de demam..sakit2 ke...
balik dr exam tengahari tadi..lepas je lunch, terus je kemas barang2..sbb stor asrama utk simpan barang tutup hari ni..lama dah bukanya..tapi kami tak berkesempatan nak hantar barang..exam punya fasal..malas nak menyemakkan bilik lagi..kesian juga kat roommate..diaorg nak study..nanti kalau bersepah2..tak ke tension diaorg nanti...jadi,kami pun decide nak hantar barang paling lewat la..lagipun ct sorang je yg ade paper lagi esok..kesian ct.. tak bersemangat dia utk exam esok..sbb kami yg lain dah merdeka dah..emmm..berpeluh2 la kami dok kemas barang..macam lepas jogging (dapat jg exercise..maklum la time exam hari tu banyak duduk kat meja study je..hehe)..penat..sbb nak kena asing barang yg nak masukkan dalam stor dan barang yang nak kena pos..alhamdulillah pos barang murah..pos dgn kapal...blh jatuh rm1.50 sekilo...lepas tu pegi pulak ke bilik leha..ade jemputan makan..awal2 lagi leha dah pesan..lambat pun kena dtg juga..sbb dia dah masak mihun..kesian pulak kat dia..lagipun renie ade dtg ums..renie ni senior roommate leha dulu..walaupun dia non muslim (renie orang Dusun)..tapi kami rapat dgn dia..kat bilik leha makan lagi ...tak lama jugak kami kat bilik leha..sbb hari hujan..dah la tak bawa payung..sampai kat bilik..walaupun penat..buka juga laptop..line tgh ok..baik buka laptop..so,mlm tu masing2 tido lambat jugak la...masing2 mengadap laptop..terutamanya si bibi chan...tapi mlm tu dia tido awal pulak dr kami..bibi chan2x...



risiko korek telinga




بسم الله الرحمن الرحيم
ni ade nak kongsi maklumat sikit..fasal satu 'akiviti' yang memang selalu kita buat..korek telinga..petikan ini di ambil dari Utusan Malaysia..tapi maaf la..tak save pulak datenya bila..
Sejak kecil lagi kita telah didedahkan dengan kaedah mencuci telinga yang telah diamalkan secara turun-temurun oleh mereka yang lebih berusia daripada kita.
Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya pin rambut oleh mereka yang agak tradisional. Kedua-duanya digunakan oleh mereka yang mempunyai niat dan tujuan mencuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga. Ada yang menjadikannya sebagai satu rutin atas dasar telinga perlu dicuci selalu dan ada juga yang telah menjadikannya suatu amalan yang tidak boleh ditinggalkan setiap kali selepas mandi disebabkan oleh kerana terlalu biasa dengan amalan mengorek telinga.
Bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan pula, agak jarang mereka dapat merasai nikmat mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas. Jauh sekali untuk menjadikannya sebagai rutin harian. Lantas, golongan ini sering dianggap tidak pandai menjaga kebersihan diri kerana membiarkan tahi telinga terkumpul dalam lubang telinga.



Tanggapan salah
Mungkin suatu pendedahan atau maklumat baru yang agak mengejutkan sekiranya anda diberitahu bahawa penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran.
Itulah hakikat sebenarnya jika anda bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun. Itu bukanlah suatu yang menghairankan kerana kepercayaan yang kurang tepat ini tidak begitu terdedah kepada masyarakat awam.
Hanya mereka yang mengalami masalah tersumbat tahi telinga sahaja yang mengetahuinya kerana tabiat mengorek telinga secara rutin inilah yang menjadi punca yang membawa mereka ke klinik berjumpa doktor.

Lilin telinga
Sesungguhnya manusia diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, lengkap dengan mekanisme yang membolehkan kita menjalani hidup yang selesa, walaupun tanpa pengunaan perkakasan tambahan. Saluran telinga manusia mempunyai bahagian yang dilapisi kulit yang menghasilkan lilin telinga (ear wax). Saluran telinga mempunyai struktur menyerupai rerambut halus di bahagian menghala ke luar, dan bahagian tanpa rerambut yang letaknya lebih ke dalam yang hampir dengan gegendang telinga. Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga. Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci, dan fahaman ini sebenarnya adalah salah!


Kesan mengorek telinga
Menjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai ‘tahi’ itu perlu dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama.
Lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia. Amaun yang dihasilkan amatlah sedikit. Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu.
Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ‘menyapu keluar’ lilin telinga ini. Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga.
Itu sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita. Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam. Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif (conductive hearing loss). Tidak kurang juga kes-kes di mana hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan menyebabkan ia tertinggal di dalam lubang telinga. Ia tidak dapat dikeluarkan di rumah oleh pesakit sendiri atau kawan yang ingin membantu. Ini kerana lokasinya yang agak jauh ke dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya. Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps. Ada juga di kalangan kita yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga. Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana ia akan lebih mendedahkan pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada gegendang telinga selain daripada ia turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna.


Kurang dengar
Apabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin menghampiri gegendang telinga. Gegendang ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga bunyi kepada tenaga getaran atau mekanikal. Apabila ada sesuatu yang menyentuh apatah lagi menghimpit dan menekan ke atasnya, maka sistem konduksi bunyi akan terganggu dan terjadilah masalah pendengaran. Perlu difahami, kehadiran gumpalan lilin telinga yang termampat akibat sentiasa ditolak masuk oleh putik kapas akan menyebabkan gelombang bunyi yang sepatutnya masuk ke dalam telinga akan terhalang. Lantas, jumlah stimulasi bunyi yang sampai ke gegendang untuk diinterpretasi akan menjadi minimum dan mungkin tidak cukup untuk tahap pendengaran yang jelas.


Rawatan
Pesakit selalunya akan hadir ke klinik dan hospital apabila terjadinya masalah pendengaran yang mengganggu tugas harian mereka. Ada juga di kalangan pesakit yang menghadapi bunyi bising (tinnitus) di dalam telinga. Setelah menjalani pemeriksaan dan lilin telinga termampat disahkan, doktor akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengeluarkannya.
Kaedah konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari (ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih sahaja).
Dengan cara ini, lilin telinga akan menjadi sedikit lembut dan lama-kelamaan ia akan terkeluar dengan arus air tersebut. Bagi sesetengah kes pula, ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan. Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan.
Apabila lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran seperti sedia kala. Bunyi bising dalam telinga atau tinnitus akan hilang dan rasa selesa kembali dinikmati. Nasihat yang diberikan ialah supaya pesakit tidak lagi menggunakan putik kapas pada masa akan datang. Kita perlu ingat bahawa badan kita telah diciptakan dalam keadaan yang cukup baik dan serba lengkap. Sebarang manipulasi hendaklah disertakan dengan ilmu yang mencukupi agar kita tidak ditimpa mudarat. Benarlah kata orang-orang tua bahawa menjaga kesihatan dengan cara mencegah adalah lebih baik, lebih selesa, lebih mudah dan jauh lebih murah daripada merawat.

subhanallah..hebat betul ciptaan Allah ye..maka,menjadi tanggungjwab kita utk menjaga amanah tubuh badan kita dengan sebaik-baiknya..


Thursday, May 7, 2009

hairan la...

بسم الله الرحمن الرحيم
baru-baru ni satu kejadian pelik telah berlaku pada junior roomateku, bibi..kadang2 kami memanggilnya bibi-chan (mcm shincan la pulak)..ceritanya begini..pada suatu pagi, selepas bangun dari tido,bibi teruslah ke wash room utk menggosok gigi..lps tu kami terdengar la suara bibi bising2..rupa2nya bajunya hilang...bibi biasanya memang meletakkan bajunya yg belum dibasuh di wash room..dia letak dlm plastik..maklum la..time exam2 ni..jadi, baju bibi dah jadi ala2 gunung Kinabalu..so, pagi tu bibi nk basuh baju2nya yg tu la..tapi hilang..kesian btl dia..hairan btl kami..ke mana la peginya baju2 si bibi..dah la baju yg belum basuh..sape pulak yg nak ambil baju2nya tu..satu plastik pulak tu..lps tu dgn sedihnya bibi terus call mamanya fsl bajunya yg hilang..lebih kurang lps seminggu mcm tu..pada satu pagi dlm pukul 5.30 am..lia bangun utk ke bilik air utk ambil wudhu'..apabila sampai di wash room, punya la lia terperanjat apabila tengok baju bibi ada di sinki..lia pun apa lagi..cepat2 ambil wudhu' dan terus masuk ke bilik..takut pulak kalau org yg ambil baju bibi tu ada lagi..hairan2x..sape la yg ambil baju bibi yg belum basuh tu..?