? ??????????????Live Forever? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (6 Ratings)??114 Grabs Today. 5408 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????Dark Tree? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (11 Ratings)??113 Grabs Today. 5656 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Purple Flower? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (723 CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Friday, September 25, 2009

juadah 1 syawal

بسم الله الرحمن الرحيم




tahun ni saya tidak balik beraya, namun saya sangat berterima kasih kepada kak ita ..sebab memberikan saya tinggal dirumahnya selama hampir seminggu..kak ita sekeluarga pulang beraya di kelantan..jadi kak ita membenarkan saya dan adik tinggal dirumahnya..terima kasih byk2 kak ita..hanya Allah yang mampu membalasnya..jika tidak..pastinya kami berdua akan terperap sahaja di asrama...lagi pula ramai pelajar yang pulang beraya..jadi keadaan asrama agak tidak selamat..tambahan pula beberapa kejadian lelaki masuk ke asrama beberapa hari sebelum cuti raya..jadi..bila tinggal di rumah kak ita..lain sedikit la suasananya..suasana rumah..lain rasanya..bila dah dapat duduk rumah kak ita, jadi ada juga kami berdua plan nak masak apa yg patut la..cadangnya nak buat lontong..utk nasi impitnya kami beli yg ready made je la..petang sebelum raya..kami pergi la ke bandar kota kinabalu, ingatkan nak cari bahan nak buat lontong, tapi kk jam teruk..susah betul nak cari parking..kami terus balik ke rmh kak ita...oleh kerana plan nak buat lontong tak jadi, jadi pagi raya tu kami makan jemput2 ikan bilis je la..buat sarapan pagi..alhamdulillah ada juga biskut raya..itu pun beli..kiranya ada juga la suasana rayanya..

Wednesday, September 23, 2009

sekadar luahan

بسم الله الرحمن الحيم
seperti yg kita maklum, sewaktu hari raya ni..setiap stesen tv akan berlumba2 utk menyiarkan pelbagai rancangan seperti filem2 utk tontonan ramai..walaupun pada hakikatnya filem2 tersebut entah apa2..jadi, semalam ada tayangan filem Anak Halal. jadi, sambil mengadap assignment, saya dan adik menonton la cerita tersebut dan memang kami berhajat utk menontonnya. tapi jgn slh fhm ye..kami menonton cerita tersebut utk mengetahui apakah yg halalnya dlm cerita tersebut..sebelum ini, saya memang ada membaca komentar mengenai filem tersebut oleh penulis Faisal Tehrani..namun tidak pernah menontonnya..walau pun, ada dikalangan rakan-rakan saya yg menontonnya di asrama..dan komen saya (walaupun saya dianggap terlewat utk memberi komen)..cerita tersebut memang sangat 'menakutkan' saya..bermcm2 persoalan timbul di fikiran saya..bagaimanakah filem begini telah diluluskan utk menjadi tayangan ramai..dgn pakaian2 pelakon yg menjolok mata...aksi2 yg tidak sopan..dialog2 yg tidak sepatutnya..dan banyak lagi..selepas menonton filem tersebut..kepala saya menjadi 'sakit'..Ya Allah..bagaimanakah kebejatan sosial dikalangan remaja tidak berlaku jika inilah yg menjadi 'hidangan' remaja? kemudian..saya teringatkan sepupu perempuan saya yg berusia belasan tahun..yg telah dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak...saya kasihan terhadapnya..kasihan kerana dia terleka dgn dunia remajanya yg hanya memikirkan keseronokan sehingga menggadai maruah dirinya..kemudian saya berfikir lagi..bagaimanakah keadaan remaja-remaja pada masa akan datang?hanya satu cara utk mengelakkan generasi akan dtg daripada terjerumus ke arah nilai2 yg negatif..tidak lain tidak bukan hanyalah dengan agama...

Sunday, September 20, 2009

berlalunya ramadhan..menjelmanya syawal..

بسم الله الرحمن الرحيم
masuk je waktu maghrib hari ni..bermakna telah masuknya 1 syawal..tgh hujan ni..hujan syawal..thn ni, macam thn lepas juga..saya tidak balik beraya..lagi pun cuti hanya seminggu, ditambah pulak dengan assignment yang banyak..sedih tetap ada..thn ni semua adik beradik saya pulang kampung..rasa rindu pulak bila mengingatkan keletah anak2 saudara yg masih kecil..baqir, hadi, 'akif dan nuha..pastinya riuh rendah di rumah pada waktu ini..tapi tak pe..thn ni thn last saya beraya kat universiti..lagi pun final exam pun tak lama dah..selain kesedihan kerana tidak dapat bersama keluarga..ada lagi perkara yang menyebabkan saya sedih...mungkin kesedihan yang sama dengan orang lain..sedih kerana berlalunya ramadhan al-mubarak..berlalunya bulan yg penuh dgn keberkatan..entah berpeluang lagi atau tidak untuk bersama dengan ramadhan yang akan datang..
"Ya Allah..izinkan diriku untuk mendakap lagi ramadhan yang akan datang.."