? ??????????????Live Forever? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (6 Ratings)??114 Grabs Today. 5408 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????Dark Tree? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (11 Ratings)??113 Grabs Today. 5656 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Purple Flower? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (723 CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, December 23, 2009

beberapa jam di LCCT

بسم الله الرحمن الرحيم

kami pulang ke semenanjung 20/11 hari tu..abg saya di Kuantan telah berjanji utk mengambil kami di LCCT...kami sampai di LCCT hampir pukul 3 ptg...manakala abg saya masih lagi on the way dari Kuantan..tambahan hujan lebat di Kuantan..jadi, dia drive slow2...kami pulak..nak tak nak..kena duduk menunggu kat LCCT...memang memenatkan dan menjemukan...sementara menantikan waktu solat Asar, kami hanya duduk memerhatikan orang...emm...benarlah kata pensyarah saya, orang yang ambil psikologi ni memang suka memerhatikan tingkah laku orang... antara perkara yg menjadi perhatian saya ialah:
selepas mengambil bagasi, kami terus mencari tempat makan.Sementara menunggukan Lia order makanan, saya terpandang 2 orang gadis yang masing2 bersama teman lelaki mereka..Seorang gadis tersebut bertudung dan seorang lagi tidak bertudung.Gadis yang tidak bertudung itu kelihatan sedang menangis. Tidak lama selepas itu, gadis tersebut beredar bersama teman lelakinya itu. Tinggallah gadis yg bertudung tersebut dgn teman lelakinya itu. Kelihatan gadis tersebut memegang tgn, meletakkan dagunya di bahu dan berckp begitu hampir dgn teman lelakinya itu. Mungkin setengah org menganggap ia perkara biasa sbb byk lagi perkara yang lebih teruk dari itu..tetapi bagi kita..itulah perkara luar biasa! Emm..saya tak tahulah gadis tersebut perasan bahawa saya asyik memerhatikannya.Biarlah kalau dia tahu..
Saya ke surau di lcct utk solat..masuk je ke dalam surau..saya lihat suasana surau agak tidak bersih dan bersepah2..yang paling saya tidak suka adalah tempat mengambil wudhu' nya yang betul2 bertentangan dengan pintu masuk..sudahlah pintu tersebut terbuka...jadi, agak sukar utk menjaga aurat..namun..menurut pemerhatian saya, ramai yang seakan tidak kisah dengan pintu yang terbuka itu..mungkin ada yang menganggap ia perkara kecil..atau ada juga kurang memahami mengenai aurat..contohnya ada yang menganggap memakai tudung hanya apabila hendak berjalan2..namun, berapa ramai pulak yg akan memakai tudung ketika adanya tetamu yang bukan mahran di rumah? Atau pun ketika membuang sampah atau menjemur kain dihadapan rumah?
Selepas solat, sementara menantikan abg saya datang, saya memerhatikan pekerja Bangla atau India (saya sendiri tidak pasti) yang sibuk menyorong troli bagasi...mereka begitu tekun bekerja...meninggalkan tanah air, keluarga tersayang semata-mata utk mencari sesuap rezeki...saya masih ingat apa yang telah saya pelajari di universiti...desakan melahirkan motivasi..contohnya, desakan rasa lapar mendorong (motivasi) untuk mencari makanan..berbalik kpd pekerja Bangla atau India tadi, pastinya desakan hidup yg mendorong mereka utk dtg ke Malaysia..dan bekerja apa sahaja yg dapat mendatangkan rezeki...kemudian saya berfikir...apakah saya juga akan berkorban utk meninggalkan tanah air dan keluarga jika saya berada di dalam keadaan mereka?
Seorang lelaki Cina telah duduk selang 3 bangku dengan saya..kemudian dia menghisap rokok..emm..ni la yg paling saya tak suka..bau asap rokok..sudahlah saya menghidap asthma...rokok tu pulak mengandungi pelbagai bahan merbahaya..org yang menghidu asap rokok adalah lebih berbahaya berbanding dengan mereka yang menghisap rokok...sbb org yg menghisap rokok terdapat filter pd rokok tersebut..mmg tak adil betul...org yg sekeliling pulak yg menjadi mangsa..berbalik kpd lelaki Cina tersebut, sambil menghisap rokok, dia menelefon..kemudian dtg 2 org lelaki memakai baju putih dan berblazer hitam terus merampas rokok lelaki tersebut..kemudian saya terlihat tulisan di blazer 2 org lelaki tersebut..Jabatan Kesihatan Malaysia.. 2 org lelaki itu berckp dgn lelaki Cina tersebut dan menunjukkan kpd lelaki Cina itu sign dilarang merokok yang terdapat di dinding bangunan lcct kepada lelaki Cina tersebut......namun, lelaki Cina tersebut tidak dpt memahami apa yg dikatakan kepadanya...rupanya lelaki Cina itu warganegara China dan baru sahaja sampai ke Malaysia..emm..patut la dia tak faham dan kelihatan terpinga2 apabila rokoknya dirampas...rupanya Jabatan Kesihatan tgh menjalankan kempen anti merokok kot..kemudian saya lihat beberapa org lagi termasuk perempuan yang kena rampas rokok mereka dan mereka disaman..emm..bagus juga la mcm ni..tapi kesian kpd pegawai2 kesihatan tu..terutamanya yg perempuan...sudahlah ketika itu sudah masuk waktu Maghrib... pastinya tugas ini memang penat...yelah..balik lewat dan kasihan kpd anak2 yg menanti di rumah...tahniah kpd pegawai kesihatan..walaupun usaha mereka kecil, namun sekurang2nya ia memberi peringatan kpd org ramai..jangan merokok di tempat awam..kalau nak sakit, sakit la sorang2..jangan pulak nak bagi orang lain yang sakit..