بسم الله الرحمن الرحيم kisah ini merupakan kisah yang benar benar berlaku..kisah yang biasa dalam kehidupan...namun..ia amat terkesan bagi individu yang melaluinya...kisah cinta melalui alam maya bukanlah sesuatu yang baru dalam kehidupan kita hari ini..inilah yang berlaku kepada seorang sahabatku...perkenalan sahabatku yang bernama Z dengan seorang pemuda dari timur tengah melalui interaksi alam maya telah melahirkan rasa kasih antara mereka..dengan latar belakang agama bagi kedua-dua mereka ini, seringkali laman perbualan melalui maya ini menjadi medan untuk mereka bertukar-tukar fikiran mengenai pelbagai isu-isu semasa..isu Palestin, isu Amerika, isu kehidupan dan sebagainya yang menjadi topik mereka...namun yang pasti, kedua-duanya tidak pernah bertukar-tukar gambar...lama-kelamaan, sahabatku ini menyedari bahawa ada perasaan kasih antara mereka...keadaan semakin jelas apabila pemuda tersebut meluahkan perasaannya...persahabatan antara keduanya berjalan seperti biasa..walau pun masing-masing menyedari terdapatnya perasaan kasih antara mereka, namun tidaklah bermakna setiap kali apabila mereka berinteraksi di alam maya tersebut, hanya membicarakan mengenai bab2 perasaan sahaja..topik masih lagi seperti biasa...hinggalah pada suatu ketika..ketika mereka berinteraksi...sahabatku memberitahu kepada pemuda tersebut bahawa dia ingin memutuskan persahabatan dengan pemuda tersebut..walau pun ia amat sukar bagi sahabatku ini , namun dia harus melakukannya..demi antara dua cinta..antara cinta kepada manusia dan cinta kepada Allah S.W.T...pemuda tersebut menerimanya walaupun sahabatku mengetahui dia amat sedih...bagi sahabatku..pastinya pemuda tersebut mengerti kenapa persahabatan mereka harus diputuskan...kemudian...sahabatku memutuskan persahabatannya dengan mengatakan kepada pemuda tersebut "saya tidak mahu lagi terus mengingati seseorang yang tidak halal bagi saya..ia akan menyebabkan awak dan saya akan terus berdosa"..inilah kata-kata yang diungkapkan oleh sahabatku ini..ini kerana sejak wujudnya perasaan kasih, sahabatku ini sering teringatkan pemuda tersebut...ini menyebabkan dia merasa serba salah..antara rasa kasihnya dengan hukum Allah S.W.T..benar..rasa kasihnya menyebabkan perasaannya bahagia...namun, hatinya turut 'sakit' kerana melanggar hukum Allah...kerana mengingati seseorang yang tidak halal baginya..selepas putusnya persahabatan antara mereka, makin kuat dugaan perasaan yang ditempuhinya..dugaan dari aspek perasaan...sahabatku mengatakan pada dirinya, dia harus melawan perasaannya...kerana hukum Allah melebihi segala-galanya...cinta kepada Allah bermakna melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang...sesungguhnya hanya Allah sebaik-baik tempat meminta..sebaik-baik tempat mengadu..dalam solat hajat dirinya memohon doa...agar diberi kekuatan untuk melupakan pemuda tersebut...juga turut menitipkan doa agar pemuda tersebut juga dapat melupakan dirinya selama-lamanya dan meraih bahagia dalam hidupnya...kini..sahabatku makin memahami...betapa indahnya cinta kepada Ar-Rahim..yang telah memberikannya ketenangan...inilah kisah antara dua cinta.....mana yang baik djadikan tauladan..mana yang kurang baik, jadikan sempadan...
Di Atas Nama Cinta (UNIC)
Tika mataDiuji manisnya senyumanTerpamit rasaMenyubur harapanDan seketikaTerlontar ke dunia khayalanHingga terlupa singkat perjalananTersedar aku dari terlenaDibuai lembut belaian cintaRela aku pendamkanImpian yang tersimpanEngganku keasyikanGusar keindahannya merampas rasa cintaPada Dia Yang Lebih SempurnaBukan mudahBernafas dalam jiwa hambaDan ku cuba menghindarkan pesona mayaKerna tak upayaKu hadapinyaAndainya murkaNya menghukum lekaDi atas nama cinta pada yang selayaknyaKu nafikan yang fanaMoga dalam hitungan setiap pengorbananAgar disuluh cahaya redhaNyaBiar sendiri hingga hujung nyawaAgar tak sepi dari kasihNyaSesungguhnya hakikat cintaHanya pada yang EsaSaratkan hati ini dengan cinta hakikiSehingga ku rasai nikmatNyaSyurgaNyaCintaNya
0 comments:
Post a Comment