Wednesday, December 23, 2009
beberapa jam di LCCT
Posted by sajeeda mohamad mustapar at 3:54 PM 0 comments
Labels: santai
Friday, November 13, 2009
bajunya dah cantik...tapi..
sekadar gambar hiasan sahaja
Baqir dan Hadi tengah praktis nak jadi imam dan muazzin :)
Posted by sajeeda mohamad mustapar at 8:16 PM 0 comments
Friday, October 30, 2009
kamus elektronik kesayanganku...
Posted by sajeeda mohamad mustapar at 12:00 PM 0 comments
Labels: santai
Saturday, October 24, 2009
peperangan imtihan
Posted by sajeeda mohamad mustapar at 2:10 PM 0 comments
Labels: santai
Friday, September 25, 2009
juadah 1 syawal
Posted by sajeeda mohamad mustapar at 11:50 PM 0 comments
Wednesday, September 23, 2009
sekadar luahan
Posted by sajeeda mohamad mustapar at 9:08 PM 0 comments
Sunday, September 20, 2009
berlalunya ramadhan..menjelmanya syawal..
Posted by sajeeda mohamad mustapar at 1:08 PM 0 comments
Saturday, August 22, 2009
kisah pembunuhan yg kejam..Dr.Marwa Sherbini
Kisah pembunuhan Dr. Marwa el-Sherbini merupakan pembunuhan yg kejam dan menunjukkan betapa Islam dipandang rendah oleh non-Muslim..Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi Jerman, dia yg berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr. Marwa khalayak ramai pada bulan November yg lalu. Si celaka menjerit melolong kpd Dr. Marwa , melaungkan kata "terrorist" dan "Islam whore" sewaktu berada di Dresden Park. Ketika itu, Marwa meminta izin utk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkannya. Lalu terjadinya pertengkaran. Slps itu si celaka tersebut diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun, si celaka itu membuata rayuan yg menyebabkan dia bertemu wajah sekali lagi dgn Marwa di mahkamah. Dgn pisau di tangannya, si celaka itu menyerbu ke arah Marwa yg sedang mengandung 3 bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dlm mahkamah di hadapan hakim!! Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009yg lalu. Satu suasana yg tidak masuk akal, bagaimana si celaka itu blh membawa pisau ke mahkamah??? Dan bagaimana dia blh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dr pengawal dan org sekelilingnya?? Suami Marwa tangkas menerpa utk membantu namun mereka terlupa sedang berada di 'medan perang'. Suaminya ditembak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka itu dibiarkan hidup. Polis menggunakan alasan murahan 'tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeik al-Azhar Syeik Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany utk mengenakan tindakan yg berat kepada si pembunuh. Namun, sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dpt dipastikan??
Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dgn umat Islam di tempat masing2 menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh!!
Malangnya berita lansung tidak dihebahkan dan disenyapkan oleh media barat khususnya.BBC senyap sunyi, sedangakna berita mahakamh Dubai yg menjatuhkan hukuman kpd 2 warga British yg mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai dihebohkan, dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat. Namun, kisah wanita Islam yang mengandung dan ditikam dlm sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah negara membangun kononnya lansung tidak diambil endah..
Dipetik dari http://www.zaharuddin.net/
Posted by sajeeda mohamad mustapar at 6:54 AM 0 comments
Labels: jom tambah ilmu
bermulanya bulan yang penuh barakah
Posted by sajeeda mohamad mustapar at 6:19 AM 0 comments
Thursday, August 20, 2009
Monday, August 17, 2009
isu Natrah
Isu Natrah ialah isu rakyat Terengganu dan isu umat Islam keseluruhannya.Natrah ialah watak utama dlm peristiwa RUSUHAN NATRAH di Singapura. Natrah juga watak utama dlm kes murtad di Malaysia.Dalam akhbar 2 hari lepas, beliau telah meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.Bagi generasi baru, mungkin ramai yang lupa isu Natrah.Natrah (Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas).
Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.
Disember 1942- Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
15 November 1945- Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
1945- Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
September 1949- Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
19 Ogos 1949- polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
22 Mei 1950- Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura .
28 April 1950- Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
19 Mei 1950- peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
28 Julai 1950- Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
1 Ogos 1950- kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.
2 Disember 1950- Ketua Hakim mengeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan. Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
12 Disember 1950- Hakim menjatuhi hukuman – Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
12 Disember 1950- Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
13 Disember 1950- Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM. Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
15 Disember 1950- Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’. Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh. Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom?’. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
Januari 1952- Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
9 Januari 1951- Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.10 Januari 1951- Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.17 September 1951- Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
Mac 1953- Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh’.
25 Januari 1953- Surat Mansor Adabi kepada Natrah
20 Julai 1953- Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
1954- Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
26 Januari 1956- Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
20 April 1956- Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.15 Februari 1957- Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.20 Januari 1959- Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.3 Februari 1959- Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
25 November 1975- Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
16 Ogos 1976- Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru – tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
26 Disember 1976- Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
1976- Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans – lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
15 September 1984- Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga… Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyanyian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.
9 Julai 2009 – Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda.Dalam isu ini, sebenarnya, kerajaan Belanda berpakat dengan kerajaan British bagi memurtadkan kembali Natrah yang sudah memeluk agama Islam dengan cuba menggunakan tipu daya bagi mengheret Natrah ke dalam Mahkamah Tinggi Singapura pada tahun 1950.Tahun 1950, orang melayu masih tidak mempunyai pemimpin. Negara Malaysia pun belum ada waktu itu dan orang melayu rata2 miskin pada masa itu.walaupun orang melayu pada masa tu miskin, tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah, Orang melayu dari kelantan kayuh basikal turun ke singapura, Orang melayu di pulau pinang jalan kaki ke singapura, orang melayu dari perak dan selangor tumpang kerata api barang untuk ke singapurapada tanggal 12 Disember 1950, beribu orang melayu sudah sampai ke singapurapada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah, Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British.Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha "kamu orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah "LAILAHAILLAH" , adakah kamu yang menyebut kalimah "LAILAHAILLAH" juga mahu menghalang aku? kamu halanglah aku akan tetap pergi....dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan "demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini"..laungan Allahukabar bergema disetiap sudut...Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu. Lalu datang askar British tembak orang-orang melayu. Mengalir darah orang melayu di tangga mahkamah tinggi singapura. Seramai 18 orang telah gugur Syahid.
Posted by sajeeda mohamad mustapar at 8:50 AM 0 comments
Labels: jom tambah ilmu
Sunday, August 16, 2009
ramadhan yang semakin hampir...
Posted by sajeeda mohamad mustapar at 4:27 PM 0 comments
Saturday, May 9, 2009
Friday, May 8, 2009
dah habis exam..
balik dr exam tengahari tadi..lepas je lunch, terus je kemas barang2..sbb stor asrama utk simpan barang tutup hari ni..lama dah bukanya..tapi kami tak berkesempatan nak hantar barang..exam punya fasal..malas nak menyemakkan bilik lagi..kesian juga kat roommate..diaorg nak study..nanti kalau bersepah2..tak ke tension diaorg nanti...jadi,kami pun decide nak hantar barang paling lewat la..lagipun ct sorang je yg ade paper lagi esok..kesian ct.. tak bersemangat dia utk exam esok..sbb kami yg lain dah merdeka dah..emmm..berpeluh2 la kami dok kemas barang..macam lepas jogging (dapat jg exercise..maklum la time exam hari tu banyak duduk kat meja study je..hehe)..penat..sbb nak kena asing barang yg nak masukkan dalam stor dan barang yang nak kena pos..alhamdulillah pos barang murah..pos dgn kapal...blh jatuh rm1.50 sekilo...lepas tu pegi pulak ke bilik leha..ade jemputan makan..awal2 lagi leha dah pesan..lambat pun kena dtg juga..sbb dia dah masak mihun..kesian pulak kat dia..lagipun renie ade dtg ums..renie ni senior roommate leha dulu..walaupun dia non muslim (renie orang Dusun)..tapi kami rapat dgn dia..kat bilik leha makan lagi ...tak lama jugak kami kat bilik leha..sbb hari hujan..dah la tak bawa payung..sampai kat bilik..walaupun penat..buka juga laptop..line tgh ok..baik buka laptop..so,mlm tu masing2 tido lambat jugak la...masing2 mengadap laptop..terutamanya si bibi chan...tapi mlm tu dia tido awal pulak dr kami..bibi chan2x...
Posted by sajeeda mohamad mustapar at 11:26 PM 0 comments
Labels: santai
risiko korek telinga
Sejak kecil lagi kita telah didedahkan dengan kaedah mencuci telinga yang telah diamalkan secara turun-temurun oleh mereka yang lebih berusia daripada kita.
Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya pin rambut oleh mereka yang agak tradisional. Kedua-duanya digunakan oleh mereka yang mempunyai niat dan tujuan mencuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga. Ada yang menjadikannya sebagai satu rutin atas dasar telinga perlu dicuci selalu dan ada juga yang telah menjadikannya suatu amalan yang tidak boleh ditinggalkan setiap kali selepas mandi disebabkan oleh kerana terlalu biasa dengan amalan mengorek telinga.
Bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan pula, agak jarang mereka dapat merasai nikmat mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas. Jauh sekali untuk menjadikannya sebagai rutin harian. Lantas, golongan ini sering dianggap tidak pandai menjaga kebersihan diri kerana membiarkan tahi telinga terkumpul dalam lubang telinga.
Tanggapan salah
Mungkin suatu pendedahan atau maklumat baru yang agak mengejutkan sekiranya anda diberitahu bahawa penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran.
Itulah hakikat sebenarnya jika anda bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun. Itu bukanlah suatu yang menghairankan kerana kepercayaan yang kurang tepat ini tidak begitu terdedah kepada masyarakat awam.
Hanya mereka yang mengalami masalah tersumbat tahi telinga sahaja yang mengetahuinya kerana tabiat mengorek telinga secara rutin inilah yang menjadi punca yang membawa mereka ke klinik berjumpa doktor.
Lilin telinga
Sesungguhnya manusia diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, lengkap dengan mekanisme yang membolehkan kita menjalani hidup yang selesa, walaupun tanpa pengunaan perkakasan tambahan. Saluran telinga manusia mempunyai bahagian yang dilapisi kulit yang menghasilkan lilin telinga (ear wax). Saluran telinga mempunyai struktur menyerupai rerambut halus di bahagian menghala ke luar, dan bahagian tanpa rerambut yang letaknya lebih ke dalam yang hampir dengan gegendang telinga. Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga. Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci, dan fahaman ini sebenarnya adalah salah!
Kesan mengorek telinga
Menjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai ‘tahi’ itu perlu dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama.
Lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia. Amaun yang dihasilkan amatlah sedikit. Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu.
Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ‘menyapu keluar’ lilin telinga ini. Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga.
Itu sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita. Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam. Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif (conductive hearing loss). Tidak kurang juga kes-kes di mana hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan menyebabkan ia tertinggal di dalam lubang telinga. Ia tidak dapat dikeluarkan di rumah oleh pesakit sendiri atau kawan yang ingin membantu. Ini kerana lokasinya yang agak jauh ke dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya. Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps. Ada juga di kalangan kita yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga. Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana ia akan lebih mendedahkan pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada gegendang telinga selain daripada ia turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna.
Kurang dengar
Apabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin menghampiri gegendang telinga. Gegendang ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga bunyi kepada tenaga getaran atau mekanikal. Apabila ada sesuatu yang menyentuh apatah lagi menghimpit dan menekan ke atasnya, maka sistem konduksi bunyi akan terganggu dan terjadilah masalah pendengaran. Perlu difahami, kehadiran gumpalan lilin telinga yang termampat akibat sentiasa ditolak masuk oleh putik kapas akan menyebabkan gelombang bunyi yang sepatutnya masuk ke dalam telinga akan terhalang. Lantas, jumlah stimulasi bunyi yang sampai ke gegendang untuk diinterpretasi akan menjadi minimum dan mungkin tidak cukup untuk tahap pendengaran yang jelas.
Rawatan
Pesakit selalunya akan hadir ke klinik dan hospital apabila terjadinya masalah pendengaran yang mengganggu tugas harian mereka. Ada juga di kalangan pesakit yang menghadapi bunyi bising (tinnitus) di dalam telinga. Setelah menjalani pemeriksaan dan lilin telinga termampat disahkan, doktor akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengeluarkannya.
Kaedah konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari (ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih sahaja).
Dengan cara ini, lilin telinga akan menjadi sedikit lembut dan lama-kelamaan ia akan terkeluar dengan arus air tersebut. Bagi sesetengah kes pula, ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan. Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan.
Apabila lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran seperti sedia kala. Bunyi bising dalam telinga atau tinnitus akan hilang dan rasa selesa kembali dinikmati. Nasihat yang diberikan ialah supaya pesakit tidak lagi menggunakan putik kapas pada masa akan datang. Kita perlu ingat bahawa badan kita telah diciptakan dalam keadaan yang cukup baik dan serba lengkap. Sebarang manipulasi hendaklah disertakan dengan ilmu yang mencukupi agar kita tidak ditimpa mudarat. Benarlah kata orang-orang tua bahawa menjaga kesihatan dengan cara mencegah adalah lebih baik, lebih selesa, lebih mudah dan jauh lebih murah daripada merawat.
subhanallah..hebat betul ciptaan Allah ye..maka,menjadi tanggungjwab kita utk menjaga amanah tubuh badan kita dengan sebaik-baiknya..
Posted by sajeeda mohamad mustapar at 12:04 AM 0 comments
Labels: jom tambah ilmu
Thursday, May 7, 2009
hairan la...
Posted by sajeeda mohamad mustapar at 9:07 PM 0 comments
Labels: santai
Sunday, April 26, 2009
sajak untuk Al Jawwad...
Posted by sajeeda mohamad mustapar at 11:52 PM 0 comments
antara dua cinta
...mana yang baik djadikan tauladan..mana yang kurang baik, jadikan sempadan...
Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa
Menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Engganku keasyikan
Gusar keindahannya merampas rasa cinta
Pada Dia Yang Lebih Sempurna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya
Ku hadapinya
Andainya murkaNya menghukum leka
Di atas nama cinta pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Agar tak sepi dari kasihNya
Sesungguhnya hakikat cinta
Hanya pada yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai nikmatNya
SyurgaNya
CintaNya
Posted by sajeeda mohamad mustapar at 7:53 AM 0 comments
Saturday, April 25, 2009
permata bahagia
Posted by sajeeda mohamad mustapar at 11:28 PM 0 comments
Labels: permata bahagia