? ??????????????Live Forever? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (6 Ratings)??114 Grabs Today. 5408 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????Dark Tree? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (11 Ratings)??113 Grabs Today. 5656 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Purple Flower? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (723 CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Friday, November 13, 2009

bajunya dah cantik...tapi..

بسم الله الرحمن الرحيم


petang tadi saya dan lia ke bandar kk untuk renew road tax..lepas tu pulak kami ke pasar Philipine..untuk beli barang..sewaktu balik..kami singgah di masjid Bandaraya untuk solat..takut tak sempat untuk solat di asrama..sewaktu di tempat parking kereta, saya terpandang la seorang pakcik tu..mendukung anaknya lelakinya yang lengkap berbaju melayu dan berkopiah merah hati. saya mengaggak anaknya dalam lingkungan 3 tahun lebih.."bagus pakcik ni..membawa anaknya yg masih kecil ke masjid" saya berkata di dalam hati.kemudian pakcik tu pun melintasi di hadapan saya.kemudian saya terpandang 'kopiah' di kepala anaknya tu..ternampak satu lambang di 'kopiah' tersebut..setelah saya amati, rupanya lambang Manchester United..la..bukan kopiah rupanya..tetapi sarung kepala yg biasa peminat2 bola sepak ni pakai..emm..baju anaknya dah cantik..tapi 'kopiahnya' pulak berlambang Manchester United..macam tak berapa kena dan janggal pulak rasanya..tak tahu la pulak kenapa pakcik tu pakaikan anaknya 'kopiah' tu ke masjid..bagi saya, walau pun hal tersebut merupakan perkara yg kecil, tapi ia sedikit sebanyak akan memberi impak pada anaknya kelak..sebab kdg2 didikan melalui perbuatan adakalanya lebih memberi kesan berbanding didikan melalui kata2..

sekadar gambar hiasan sahaja

Baqir dan Hadi tengah praktis nak jadi imam dan muazzin :)

Friday, October 30, 2009

kamus elektronik kesayanganku...

بسم الله الرحمن الرحيم
sedihnya...pagi ni masa nak ulangkaji..saya buka la kamus elektronik kesayangan saya utk cari makna kat nota..tapi entah knp..tulisan dlm kamus tu dah tak jelas..nampak sikit2 je..pelik juga..nak kata pernha jatuh..tak pernah lagi rasanya..nak kata bateri tak de..saya baru je tukar baterinya 2 hari lepas...nak kata mslh bateri..inda juga bah..saya bkn beli bateri kedai 2 ringgit ..emm...Ya Allah..mintak2 janganlah rosak kamus kesayangan saya ni..tambah nak dekat2 exam ni...tempoh warrantynya pulak dah lps...bkn tak nak guna kamus manual, tapi guna kamus elektronik ni cepat la sikit dpt cari maknanya...kecuali kalau makna dlm kamus elektronik tu tak memuaskan hati, baru la saya refer kat kamus manual..lia pun ade juga kamus elektronik..tapi dia pun nak guna jg..tambah minggu pertama exam, dia ade 4 paper..semua subjek program..moga Allah mudahkan lia jawab exam nanti..

Saturday, October 24, 2009

peperangan imtihan

بسم الله الرحمن الرحيم
lama betul rasanya saya tak update blog..memang tersangat la sibuk...alhamdulillah..semalam last assignment saya dihantar...syukur..saya berjaya menyiapkan semua assignment dan dikurniakn kesihatan yg baik...yelah..kalau sakit...macamana nak siapkan keje...tambahan pula kalau assignment kumpulan...kasihan kepada kawan2...nanti tak fasal2 pulak diaorang kena take over pulak part saya..lagi seminggu final exam UMS akan bermula...rasanya semua orang tgh sibuk mengulangkaji ni...tapi dlm sibuk mengulangkaji ni...saya & lia sibuk juga membilang hari nak balik semenanjung..:)tak sabar rasanya nak balik semenanjung...tak sabar nak jumpa family & anak2 saudara saya terutamanya yg kecik2 lagi tu...nuha, 'akif, hadi,baqir & jawwad...mengingatkan mereka membuatkan saya tersenyum sendiri...apa pun, imtihan adalah yg paling utama skrg...utk kawan2 semua...bit taufiq wan najah...moga Allah memudahkan urusan kita dan diberikan kesihatan yg baik utk menghadapi exam nanti...sama2 kita doakan kejayaan semua...

Friday, September 25, 2009

juadah 1 syawal

بسم الله الرحمن الرحيم




tahun ni saya tidak balik beraya, namun saya sangat berterima kasih kepada kak ita ..sebab memberikan saya tinggal dirumahnya selama hampir seminggu..kak ita sekeluarga pulang beraya di kelantan..jadi kak ita membenarkan saya dan adik tinggal dirumahnya..terima kasih byk2 kak ita..hanya Allah yang mampu membalasnya..jika tidak..pastinya kami berdua akan terperap sahaja di asrama...lagi pula ramai pelajar yang pulang beraya..jadi keadaan asrama agak tidak selamat..tambahan pula beberapa kejadian lelaki masuk ke asrama beberapa hari sebelum cuti raya..jadi..bila tinggal di rumah kak ita..lain sedikit la suasananya..suasana rumah..lain rasanya..bila dah dapat duduk rumah kak ita, jadi ada juga kami berdua plan nak masak apa yg patut la..cadangnya nak buat lontong..utk nasi impitnya kami beli yg ready made je la..petang sebelum raya..kami pergi la ke bandar kota kinabalu, ingatkan nak cari bahan nak buat lontong, tapi kk jam teruk..susah betul nak cari parking..kami terus balik ke rmh kak ita...oleh kerana plan nak buat lontong tak jadi, jadi pagi raya tu kami makan jemput2 ikan bilis je la..buat sarapan pagi..alhamdulillah ada juga biskut raya..itu pun beli..kiranya ada juga la suasana rayanya..

Wednesday, September 23, 2009

sekadar luahan

بسم الله الرحمن الحيم
seperti yg kita maklum, sewaktu hari raya ni..setiap stesen tv akan berlumba2 utk menyiarkan pelbagai rancangan seperti filem2 utk tontonan ramai..walaupun pada hakikatnya filem2 tersebut entah apa2..jadi, semalam ada tayangan filem Anak Halal. jadi, sambil mengadap assignment, saya dan adik menonton la cerita tersebut dan memang kami berhajat utk menontonnya. tapi jgn slh fhm ye..kami menonton cerita tersebut utk mengetahui apakah yg halalnya dlm cerita tersebut..sebelum ini, saya memang ada membaca komentar mengenai filem tersebut oleh penulis Faisal Tehrani..namun tidak pernah menontonnya..walau pun, ada dikalangan rakan-rakan saya yg menontonnya di asrama..dan komen saya (walaupun saya dianggap terlewat utk memberi komen)..cerita tersebut memang sangat 'menakutkan' saya..bermcm2 persoalan timbul di fikiran saya..bagaimanakah filem begini telah diluluskan utk menjadi tayangan ramai..dgn pakaian2 pelakon yg menjolok mata...aksi2 yg tidak sopan..dialog2 yg tidak sepatutnya..dan banyak lagi..selepas menonton filem tersebut..kepala saya menjadi 'sakit'..Ya Allah..bagaimanakah kebejatan sosial dikalangan remaja tidak berlaku jika inilah yg menjadi 'hidangan' remaja? kemudian..saya teringatkan sepupu perempuan saya yg berusia belasan tahun..yg telah dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak...saya kasihan terhadapnya..kasihan kerana dia terleka dgn dunia remajanya yg hanya memikirkan keseronokan sehingga menggadai maruah dirinya..kemudian saya berfikir lagi..bagaimanakah keadaan remaja-remaja pada masa akan datang?hanya satu cara utk mengelakkan generasi akan dtg daripada terjerumus ke arah nilai2 yg negatif..tidak lain tidak bukan hanyalah dengan agama...

Sunday, September 20, 2009

berlalunya ramadhan..menjelmanya syawal..

بسم الله الرحمن الرحيم
masuk je waktu maghrib hari ni..bermakna telah masuknya 1 syawal..tgh hujan ni..hujan syawal..thn ni, macam thn lepas juga..saya tidak balik beraya..lagi pun cuti hanya seminggu, ditambah pulak dengan assignment yang banyak..sedih tetap ada..thn ni semua adik beradik saya pulang kampung..rasa rindu pulak bila mengingatkan keletah anak2 saudara yg masih kecil..baqir, hadi, 'akif dan nuha..pastinya riuh rendah di rumah pada waktu ini..tapi tak pe..thn ni thn last saya beraya kat universiti..lagi pun final exam pun tak lama dah..selain kesedihan kerana tidak dapat bersama keluarga..ada lagi perkara yang menyebabkan saya sedih...mungkin kesedihan yang sama dengan orang lain..sedih kerana berlalunya ramadhan al-mubarak..berlalunya bulan yg penuh dgn keberkatan..entah berpeluang lagi atau tidak untuk bersama dengan ramadhan yang akan datang..
"Ya Allah..izinkan diriku untuk mendakap lagi ramadhan yang akan datang.."

Saturday, August 22, 2009

kisah pembunuhan yg kejam..Dr.Marwa Sherbini

بسم الله الرحمن الرحيم









Kisah pembunuhan Dr. Marwa el-Sherbini merupakan pembunuhan yg kejam dan menunjukkan betapa Islam dipandang rendah oleh non-Muslim..Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi Jerman, dia yg berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr. Marwa khalayak ramai pada bulan November yg lalu. Si celaka menjerit melolong kpd Dr. Marwa , melaungkan kata "terrorist" dan "Islam whore" sewaktu berada di Dresden Park. Ketika itu, Marwa meminta izin utk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkannya. Lalu terjadinya pertengkaran. Slps itu si celaka tersebut diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun, si celaka itu membuata rayuan yg menyebabkan dia bertemu wajah sekali lagi dgn Marwa di mahkamah. Dgn pisau di tangannya, si celaka itu menyerbu ke arah Marwa yg sedang mengandung 3 bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dlm mahkamah di hadapan hakim!! Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009yg lalu. Satu suasana yg tidak masuk akal, bagaimana si celaka itu blh membawa pisau ke mahkamah??? Dan bagaimana dia blh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dr pengawal dan org sekelilingnya?? Suami Marwa tangkas menerpa utk membantu namun mereka terlupa sedang berada di 'medan perang'. Suaminya ditembak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka itu dibiarkan hidup. Polis menggunakan alasan murahan 'tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeik al-Azhar Syeik Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany utk mengenakan tindakan yg berat kepada si pembunuh. Namun, sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dpt dipastikan??

Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dgn umat Islam di tempat masing2 menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh!!

Malangnya berita lansung tidak dihebahkan dan disenyapkan oleh media barat khususnya.BBC senyap sunyi, sedangakna berita mahakamh Dubai yg menjatuhkan hukuman kpd 2 warga British yg mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai dihebohkan, dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat. Namun, kisah wanita Islam yang mengandung dan ditikam dlm sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah negara membangun kononnya lansung tidak diambil endah..

Dipetik dari http://www.zaharuddin.net/