بسم الله الرحمن الرحيم
petang tadi saya dan lia ke bandar kk untuk renew road tax..lepas tu pulak kami ke pasar Philipine..untuk beli barang..sewaktu balik..kami singgah di masjid Bandaraya untuk solat..takut tak sempat untuk solat di asrama..sewaktu di tempat parking kereta, saya terpandang la seorang pakcik tu..mendukung anaknya lelakinya yang lengkap berbaju melayu dan berkopiah merah hati. saya mengaggak anaknya dalam lingkungan 3 tahun lebih.."bagus pakcik ni..membawa anaknya yg masih kecil ke masjid" saya berkata di dalam hati.kemudian pakcik tu pun melintasi di hadapan saya.kemudian saya terpandang 'kopiah' di kepala anaknya tu..ternampak satu lambang di 'kopiah' tersebut..setelah saya amati, rupanya lambang Manchester United..la..bukan kopiah rupanya..tetapi sarung kepala yg biasa peminat2 bola sepak ni pakai..emm..baju anaknya dah cantik..tapi 'kopiahnya' pulak berlambang Manchester United..macam tak berapa kena dan janggal pulak rasanya..tak tahu la pulak kenapa pakcik tu pakaikan anaknya 'kopiah' tu ke masjid..bagi saya, walau pun hal tersebut merupakan perkara yg kecil, tapi ia sedikit sebanyak akan memberi impak pada anaknya kelak..sebab kdg2 didikan melalui perbuatan adakalanya lebih memberi kesan berbanding didikan melalui kata2..
sekadar gambar hiasan sahaja
Baqir dan Hadi tengah praktis nak jadi imam dan muazzin :)