? ??????????????Live Forever? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (6 Ratings)??114 Grabs Today. 5408 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????Dark Tree? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (11 Ratings)??113 Grabs Today. 5656 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Purple Flower? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (723 CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sunday, February 13, 2011

kembali

Melihat kepada tarikh post saya yang terakhir, nampaknya hampir setahun saya membiarkan blog saya ni bersawang. Seingat saya, apabila bermulanya praktikal saya pada bulan Mei tahun lepas, blog saya hampir dilupakan. Namun, pada waktu itu, adakalanya saya teringin untuk update semula blog, tapi kekangan tugasan praktikal tidak mengizinkan untuk saya mencoret walau sebaris ayat walaupu pada hakikatnya banyak benda yang ingin dicoretkan. Tidak sekadar blog, untuk membuka facebook mahupun emel juga tidak berkesempatan. Ketika itu, hanya difikiran, online hanya untuk mencari bahan yang berkaitan dengan tugasan praktikal. Namun demikian, syukur yang tidak terhingga kerana semuanya sudah berakhir dan majlis konvokesyen sebagai hadiah yang berharga bagi seorang pelajar. Rasanya seperti baru semalam saya melangkahkan kaki di negeri di bawah bayu itu..pejam celik pejam celik, dan 3 tahun rupanya saya di sana. Pelbagai pahit manis yang dilalui yang adakalanya menguji iman, tetapi syukur semuanya dapat dilalui dengan izin Allah..syukur Ya Rabb atas segalanya..

Tuesday, May 4, 2010

bersediakah kita?

allahumma hasibni hisaban yasiran..Ya Allah, permudahkanlah urusan hisab kami nanti..Amin..




Di petik dari laman fb radio IKIM

Tuesday, April 13, 2010

peperiksaan terakhir

Bismillahirrahmanirrahim
Minggu depan, bermulanya final exam di UMS..bagi kami yang dah semester akhir..pastinya masing-masing berusaha untuk buat yg terbaik..berusaha utk dapatkan result yg terbaik..bagi saya sendiri, saya tidak pasti bilakah saya akan merasai pengalaman exam lagi..mungkinkah ini kali terakhir saya akan menghadapi exam?hanya Allah sahaja yang mengetahui..kalau ikutkan hati, memanglah ingin belajar dan terus belajar..belajar memang menyeronokkan :)...selepas ini, kena kerja dulu..timba pengalaman bekerja pulak..selepas final exam, kami belum lagi boleh tersenyum gembira sebab exam dah habis....10hb mei, kami akan mula menjalankan praktikal sehingga julai..pastinya cabarannya lebih besar lagi. sebab ketika menjalankan praktikal, kami dikehendaki utk membuat mini tesis dan kena present pulak disamping membuat laporan praktikum..banyak betul kerjanya tu..tambah pulak tempoh masa yg singkat..semoga Allah permudahkan peperiksaan kami, dapat menjalankan praktikal dengan baik serta dapat menyelesaikan mini tesis dengan sempurna..sama-sama kita doakan kejayaan kita semua..Amin

Sunday, March 21, 2010

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb

Bismillahirrahmanirrahim...

saya menerima email ini daripada abg saya..ia merupakan email forward..dan saya masukkan ke blog saya dengan tujuan supaya ia memberi keinsafan dan peringatan buat saya dan kita semua..kepada penulis asal email ini...saya meminta maaf kerana masukkan ke dlm blog saya tanpa keizinan anda..sesungguhnya email anda ini sangat menyentuh perasaan saya..terima kasih atas email yg sangat menyentuh rasa ini..mudah-mudahan kita sentiasa dibawah petunjuk Allah SWT dalam kehidupan kita..Amin.

Bu, adik cuma ingin bertanya...
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 Feb tak?
Malam itu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu..
Ibu kata dia cintakan ibu...
Benarkah bu?
Dia puja dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?
Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
macam dia kata...mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
Tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun bencikan kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?
Mengapa bu?
Tak terasakah sakit dan perit
Tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagikah ibu bertuhan?
Benarkah ibu?
Benarkah begitu?
Adik cuma nak tanya je bu..





















17,303 anak luar nikah didaftar 2009

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi ini saya online seperti biasa..saya membuka berita harian online...membaca tajuk berita akhbar satu persatu...kemudian, mata saya terpaku pada satu tajuk berita "17,303 anak luar nikah di daftar 2009"...menurut berita tersebut..jumlah tersebut adalah merujuk kepada orang Melayu dan jumlahnya adalah semakin meningkat dari tahun ke tahun..masha Allah..apa nak jadi dengan bangsaku ini??? kes dadah..anak luar nikah...gejala sosial..masalah rempit..sumbang mahram dan lain2 lagi semuanya seakan 'dijuarai' oleh bangsa Melayu..saya seakan sedang merasakan bangsa lain sedang mentertawakan bangsa Melayu yg semakin 'nazak' ini..bayi-bayi yg dilahirkan yg kononnya sebagai bukti cinta dua insan itu adalah sama sekali tidak bersalah...namun..sayangnya..dengan mudahnya bayi comel itu dibuang dan dicampakkan seperti anak patung..dibakar seperti membakar sampah..apakah punca semua ini???bagi saya..tidak lain tidak bukan adalah faktor AGAMA..pada zaman ini..agama tidak lagi ditekankan dalam kehidupan..bukan lagi sebagai satu cara hidup..sama-sama kita tanya diri kita..sama-sama kita renungi..apakah peranan kita sekarang???

Tuesday, March 16, 2010

jom buat play dough


Bismillahirrahmanirrahim..

Jom buat play dough..semalam kami student 3rd year course psikologi kanak-kanak kena buat play dough (semuanya dah jadi macam kanak-kanak dah..hehe) ...senang je rupanya nak buat play dough ni...bahan-bahannya tepung gandum, garam, minyak dan pewarna.tapi kami guna pewarna untuk buat biskut atau kek tu je..sebenarnya play dough yang dijual dikedai tu adalah kurang selamat untuk kanak-kanak berbanding dengan play dough yang kita buat sendiri ni..cumanya play dough yang kita buat ni tak boleh nak disimpan atau diguna semula..tapi ianya adalah lebih selamat untuk kanak-kanak..selain itu, bermain play dough atau tanah liat ni merupakan salah satu aktiviti yang dapat diaplikasikan dalam terapi bermain (play therapy)..terapi bermain ni merupakan salah satu terapi yang terdapat dalam kaedah teraputik untuk kanak-kanak..

bergambar dulu ye

dah jadi dah tepungnya...macam tepung nak buat karipap pulak :)

bahagikan kepada beberapa bahagian..sebab nak buat banyak warna

tengah letak warna

ini lah tepung yang telah diwarnakan..sempat lagi bergambar tu :)

alhamdulillah..inilah hasilnya...ada nampak macam buah betul tak?

ini la hasil kerja kami...ada yang buat tema sayur, buah-buahan, perabot, anak patung dan bunga-bungaan..semuanya cantik dan comel

bergambar kenangan dengan madam suwaibah dan miss norma...
"kami lah bakal ahli psikologi kanak-kanak dan keluarga"


p/s : jutaan terima kasih kepada juru gambar cik norkamaliah kerana sudi mengambil meluangkan masa untuk menjadi juru gambar walaupun lepas tu ada kuiz :)












































































































































































































































Sunday, March 14, 2010

dah nak habis dah rupanya..


Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi ni..saya meneliti semua tugasan assignment..presentation..mid term...kebanyakkannya telah selesai..tinggal 1 assignment je lagi yang belum siap..mesti buat cepat2 ni..lepas tu blh baca buku pulak utk final exam nanti...lps tu praktikal pulak..lps tu konvo..emm..sedih pulak nak habis belajar ni..dulu..masa mula2 sem 1..selalu rasa macam lambat betul nak habiskan 3 tahun ..tapi..pejam celik pejam celik..sekejap pulak rasanya..rasanya macam baru semalam je daftar kat ums..tapi sekarang ni dah sem akhir dah.. rasa macam tak puas lagi belajar ni..rasa macam banyak lagi benda yg tak tahu...pastinya saya akan merindui suasana belajar..berkejaran ke kelas..tutorial..pergi library..discussion..rakan-rakan dan macam2 lagi la..sedihnya..adakah saya berpeluang utk belajar lagi selepas ini??